Sunday, 3 January 2016

4 Januari 2016

Hari ini adalah hari pertama sekolah dibuka.

2 Januari 2016

Salam.

Hari ini adalah merupakan hari istimewa aku.

Hari ini adalah harijadiku.

Tahun lepas suamiku membuat surprise dengan membeli kek dan kami meraikannya di Poring Hot Spring bersama keluarga suamiku. 

Alhamdulillah. Pada tahun ini, suamiku tidak melupakan hari yang bermakna buat diriku iaitu dengan menyambut harijadiku secara sederhana sahaja iaitu dengan membeli makan malam istimewa sedikit berbanding dengan sebelum ini iaitu membeli 9 ketul KFC.

Walaupun suamiku tidak mengucapkan Selamat Harijadi kepadaku namun aku tahu bahawa dia ingat akan hari ini adalah harijadiku.

Tak ada kek harijadipun tak apa. Yang penting suamiku tidak melupakan bahawa hari istimewa dalam hidupku dilahirkan ialah pada 2 Januari.

Terima kasih suamiku Mohd Padzili. 
Semoga ikatan perkahwinan dan persahabatan kita kekal selamanya sehingga ke jannah.

Aminnnn....

Saya doakan juga semoga perkahwinan pembaca blog ini agar bahagia bersama pasangan masing2 sehingga ke jannah.. Aminnnn...


Tuesday, 29 December 2015

Mesyuarat Akhir Tahun 2016

Salam..

Mesyuarat Akhir Tahun 2015.

Barisan pihak pentadbir SK Piasau tahun 2015.

Guru-guru SK Piasau.

Thursday, 24 December 2015

Jadual Gaji 2016

Berikut ialah jadual gaji tahun 2016 untuk kakitangan awam Malaysia.

Wednesday, 23 December 2015

Maklumat Terkini Mengenai Sambung Rakan Google atau Google Friend Connect

Maklumat terkini mengenai Sambung Rakan Google

2 hari yang lalu oleh Googler 

Pada 2011, kami mengumumkan persaraan Sambung Rakan Google untuk semua tapak bukan Blogger. Kami membuat pengecualian untuk Blogger untuk memberikan pembaca satu cara yang mudah untuk mengikuti blog dengan menggunakan pelbagai akaun. Namun dari masa ke masa, kita telah melihat bahawa kebanyakan orang masuk ke Kawan Berhubung dengan Akaun Google. Jadi, dalam usaha untuk menyelaraskan, dalam beberapa minggu akan datang kita akan membuat beberapa perubahan yang akhirnya akan memerlukan pembaca untuk mempunyai Akaun Google untuk masuk ke dalam Sambung Rakan dan mengikuti blog.



Sebagai sebahagian daripada rancangan ini, bermula minggu daripada 11 Januari, kami akan memadam keupayaan bagi orang-orang dengan Twitter, Yahoo, Orkut atau pembekal OpenId lain untuk mendaftar masuk ke Sambung Rakan Google dan mengikuti blog. Pada masa yang sama, kami akan mengeluarkan bukan Google profil Akaun supaya anda boleh melihat penurunan dalam kiraan blog pengikut anda.



Kami menggalakkan anda untuk memberitahu pembaca terjejas (mungkin melalui blog post), bahawa jika mereka menggunakan Akaun bukan Google mengikuti blog anda, mereka perlu mendaftar untuk Akaun Google, dan ikut semula blog anda. Dengan Akaun Google, mereka akan mendapat blog ditambah ke Senarai Bacaan, menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk melihat mesej terkini dan aktiviti blog yang mereka ikuti.


Kita tahu betapa pentingnya adalah pengikut kepada semua blogger, tetapi kami percaya perubahan ini akan meningkatkan pengalaman untuk anda dan pembaca anda.

Dicatat oleh Michael Goddard, Jurutera Perisian

Persediaan Ke Tahun 2016

Hari ini 23 Disember 2015.

Persediaanku sebagai seorang guru untuk tahun 2016.

Tahun 2016, aku telah di beri tugasan untuk mengajar Bahasa Inggeris Tahun 1 Adil dan 3 Prihatin. Teknologi Maklumat Tahun 5 Adil dan 5 Prihatin.

Aku juga ditugaskan untuk menjadi Guru Kelas 3Prihatin.

Dan tugas terbaharu ialah menjadi guru jadual waktu.


Berikut ialah jadual waktu untuk awal tahun.